2025
PAMERAN DAN KEMPEN CARETON@PUTRAJAYA 2025 SEMPENA KARNIVAL KOMUNITI DAN PESTA AIR PUTRAJAYA 2025
FA6 & SDG 11,12,13
https://www.facebook.com/share/p/1AJucUGgzV/
Tarikh : 26 hingga 28 September 2025 (Jumaat - Ahad)
Masa : 8:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi : Kompleks Futsal, Presint 18, Putrajaya
Pameran telah diadakan sempena Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2025. Terdapat pelbagai pengisian aktiviti seperti pameran CAREton@Putrajaya, sudut informasi CAREton@Putrajaya, produk UBC dan papan PolyAl disediakan. Selain itu, peserta dapat mencuba aktiviti interaktif seperti puzzle game serta berpeluang memenangi hadiah buku nota.
Di samping itu, Kempen Pengumpulan Air Kotak Minuman Terpakai (UBC) Berinsentif turut diadakan dan pengunjung yang membawa minimum 20 UBC tanpa mengira jenama dan saiz telah diberikan insentif seperti baucar Speedmart 99 RM5, bento box milo/ kotak tisu milo dan air kota milo UHT 200ml. Sebanyak 5,671 UBC telah terkumpul sepanjang pameran ini.