• 2024


    PROGRAM OUTREACH CARETON@PUTRAJAYA BERSAMA ALAMANDA SHOPPING CENTRE

    FA6 & SDG 11,12,13

    Tarikh 24 Mei 2024 

    Masa 10:00 Pagi – 12:00 Tengah hari 

    Lokasi Alamanda Shopping Centre

    Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah projek CAREton@Putrajaya. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan mengenai inisiatif pengumpulkan kotak air minuman terpakai (used beverage cartons – UBC) kepada Bahagian Pengurusan Alamanda Shopping Centre yang diwakili oleh Encik Junaidi Bin Jamaludin, Pengurus Besar, Alamanda Shopping Centre.

    Program ini selaras dengan hasrat Perbadanan untuk mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.  Di samping itu, menyokong sasaran kadar pengumpulan bahan kitar semula tahunan di Putrajaya iaitu 2% peningkatan.