Sukan & Rekreasi
Pusat Rekreasi Air Putrajaya
Terletak di Presint 13, Pusat Rekreasi Tasik Putrajaya (PLRC) berfungsi sebagai takungan sekunder dan sebahagian daripada sistem tebatan banjir di bandar ini. Selama bertahun-tahun, tanah lembap ini telah berkembang menjadi syurga hijau yang penuh dengan flora dan fauna. PLRC menawarkan pelbagai keseronokan dan aktiviti rekreasi untuk semua peringkat umur, baik di dalam air mahupun di darat. Antara aktiviti berasaskan air ialah memancing, perjalanan bot kayuh, Duffy Boat Ride, berkanu dan kayak. Manakala, di darat anda boleh memilih untuk berkelah, teambuilding, berkhemah, sewaan tempat, BBQ dan tram ride. PLRC dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.
2.9521° N, 101.6991° E
Pusat Rekreasi Air Putrajaya