• Senibina Ikonik


    Suruhanjaya Tenaga

    Bangunan Berlian, yang merupakan ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga terletak di Presint 2, Putrajaya. Bentuknya yang unik merupakan pendekatan reka bentuk optimum bagi mencapai kecekapan tenaga. Bangunan Berlian mengguna pakai konsep bangunan hijau yang mempunyai penggunaan sumber tenaga dan air yang cekap berbanding bangunan konvensional lain. Bangunan Suruhanjaya   Tenaga   yang  terkenal  dengan  struktur   berliannya   yang   melambangkan ketelusan, nilai dan ketahanan batu permata. Elemen reka bentuk cekap tenaga termasuk muka depan yang condong, kawasan taman tenggelam, orientasi bangunan optimum, penggunaan panel fotovoltaik dan memanfaatkan cahaya semula jadi.

    https://www.st.gov.my/

    2.9429° N, 101.7088° E

    Suruhanjaya Tenaga