• Eko Pelancongan


    Taman Botani Putrajaya

    Taman Botani Putrajaya yang berkeluasan 92 hektar merupakan salah satu Taman Botani terbesar di Malaysia. Digelar mother of all gardens”, Taman Botani yang berkonsepkan “floral attractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza. Ia juga menempatkan Moroccon Pavillion Islamic Garden yang mengambil inspirasi daripada warisan dan seni bina Maghribi. Taman ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama; Bahagian Taman Hiasan, Bahagian Taman Etno-Botani dan Bahagian Penyelidikan Merangkap Pemuliharaan. Bahagian Taman Hiasan terdiri daripada 13 taman tematik seperti taman pakis, taman matahari dan bukit sawit. Taman Botani juga popular sebagai destinasi untuk berjoging, berbasikal dan berkelah.


    2.9448° N, 101.6955° E

    Taman Botani Putrajaya