Sukan & Rekreasi
Taman Ekuestrian Putrajaya
Terletak di pinggir Taman Puncak Selatan (berhampiran PICC) ialah pusat ekuestrian bertaraf dunia Putrajaya yang dikenali sebagai ‘Taman Ekuestrian Putrajaya’ (TEP). Taman seluas 70 ekar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian untuk tunggangan awam, pertandingan, lawatan ke kandang kuda, pelajaran menunggang dan banyak lagi. TEP pernah menganjurkan acara ekuestrian dan dressage seperti Pertunjukan Kuda Siri Piala Perdana pada 2006 yang menarik lebih daripada 30 kelab antarabangsa dan tempatan ke Putrajaya, di samping kelayakan Piala Word Asia FEI, SUKMA dan Sukan SEA. Menawarkan persekitaran dan kemudahan untuk pertandingan tunggangan awam, ekuestrian dan polo.
2.8972° N, 101.6864° E
Taman Ekuestrian Putrajaya