• Eko Pelancongan


    Taman Warisan Pertanian

    Taman Warisan Pertanian mempamerkan pembangunan pertanian komersial negara sejak berabad lama termasuk pokok getah, kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan, herba dan rempah ratus. Taman yang berkeluasan lebih 14.4 hektar dengan lebih daripada 170 tumbuhan dan spesies pokok ini terletak di Presint 16. Dibahagikan kepada pelbagai bahagian yang terdiri daripada pokok buah-buahan tropika (tarikan utama), herba dan rempah ratus, tanaman komersial, laman padi, kelapa sawit dan kebun pokok getah.  

    Taman Warisan Pertanian amat menarik dikunjungi dan pada masa sama bersifat mendidik di mana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman bertani yang dikendalikan oleh fasilitator taman. Sebagai contoh, menoreh dan memproses getah dalam suasana kampung. Tarikan lain yang terdapat di sini ialah kompleks pelawat, medan selera, dusun, trek herba dan rempah ratus, plot getah dan dek tinjau yang menghadap pemandangan indah Putrajaya. Pakej night trail juga diperkenalkan di taman ini bagi pengunjung yang ingin explore taman pada sebelah malam.


    2.9280° N, 101.7004° E


    Taman Warisan Pertanian