Eko Pelancongan
Taman Wawasan
Taman berkeluasan 137 ekar yang terletak di Presint 2 yang bertingkat sedikit. Tarikan utama adalah Taman Metropolitan kerana kedudukannya di paras yang tinggi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Putrajaya secara keseluruhan dari Pelantar Tinjau yang disediakan. Di dalam taman ini juga terletaknya Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) yang merupakan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, Taman Wawasan juga mempunyai Aqua Plaza (Plaza Air), Amfiteater yang selesa dan kondusif untuk sebarang penganjuran program dan aktiviti serta Pantai Kerikil (Pebble Beach) yang tersusun indah. Pelbagai aktiviti riadah sesuai dijalankan di Taman Wawasan seperti berjoging, berkelah, berbasikal dan sebagainya.
2.9258° N, 101.6961° E
Taman Wawasan