• Senibina Ikonik


    Tangga Putrajaya

    Pembinaannya bersempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya. Tangga ikonik dan lokasi tumpuan pelancong ini dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana. Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande. Diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves, Malaysia. Putrajaya Steps dibina dengan ketinggian 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter. Ia turut dilengkapi struktur dan fasiliti yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti bersukan, beriadah mahupun rekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga sambil menikmati panorama indah Putrajaya.

    2.9410° N, 101.6977° E

    Tangga Putrajaya