Taman Rimba Alam
Taman Rimba Alam
Taman yang menempatkan kepelbagaian spesies hutan hujan tropika (sebahagian besar hutan adalah dari spesies pokok hutan tanah pamah dipterokap)
Antara yang menarik anda boleh melihat:
- Hutan Cengal – Kempas (himpunan pokok 2 jenis kayu hutan yang meluas digunakan secara komersil)
- Hutan Meranti Merah – Keruing (himpunan pokok-pokok hutan spesies ini yang boleh ditemui di taman adalah Meranti Tembaga, Meranti Kepong, Meranti Rambai Daun, Meranti Melantai, Keruing Merah, Keruing bulu dan banyak lagi).
- Hutan Buah-buahan Asli Tempatan (himpunan buahan hutan nadir seperti Machang, Durian Batang, Tampoi, Jintek Bukit, Rukam, Kandis dan banyak lagi).
Selain itu jenis hutan yang ada di taman ini adalah Arboretum Tropika Antarabangsa, Pokok Hutan Pinggiran Jalan dan Hutan Permatang.