2025
KAUNTER PERKHIDMATAN INSENTIF RENDAH KARBON PUTRAJAYA DAN KEMPEN PENGUMPULAN UBC BERINSENTIF POD 2025
FA6 - SDG 11,12,13
Tarikh : 6 hingga 9 Februari 2025
Masa : 9:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi : Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
Kaunter Perkhidmatan Rendah Karbon Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Kotak Air Minuman Terpakai (UBC) Berinsentif telah diadakan sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 (POD) di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbandanan Putrajaya, Presint 3 pada 6 hingga 9 Februari 2025. Terdapat pelbagai aktiviti seperti:
- penerangan Insentif Kediaman Hijau (IKH) 2025,
- penerangan Anugerah Inisaitif Hijau (AIH) 2025,
- promosi penyetaan Pelaporan Penggunaan Tenaga dan Pelepasan Karbon (BECO2R)
- Kuiz Bandar Rendah Karbon
Terdapat juga Kempen Pengumpulan UBC Berinsentif di mana pengunjung berpeluang menebus baucar 99 Speedmart berjumlah RM5, MILO Activ-Go UHT, Nestle School Pack Cereal atau Kitkat dengan membawa minimum 20 UBC.
Kira-kira seramai 1,000 orang pengunjung telah melawat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan di Kaunter Perkhidmatan Insentif Rendah Karbon Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Kotak Air Minuman Terpakai (UBC) Berinsentif sepanjang 4 hari tersebut.