2023
KEMPEN CARETON@PUTRAJAYA SEMPENA PUTRAJAYA OPEN DAY 2023 (2 MAC – 5 MAC 2023)
FA6 & 11,12,13
https://www.facebook.com/groups/PutrajayaBandarHijau/permalink/756759832344666/
Kempen CAREton@Putrajaya telah diadakan sempena Putrajaya Open Day 2023 di Kompleks Perbandanan Putrajaya, Presint 3. Terdapat pelbagai pameran seperti sudut informasi CAREton@Putrajaya, produk UBC dan papan PolyAl disediakan. Selain itu, pengunjung dapat mencuba permainan CAREton@Putrajaya dengan hanya membawa 1 unit kotak minuman terpakai sebagai tiket pemainan dan berpeluang memenangi UBC notepad, buku nota bandar hijau, kalendar kuda bandar hijau, mug bandar hijau, tuala bikeable city, Nestle MILO UHT dan koko krunch.
Disamping itu, pertandingan CAREton@Putrajaya Snap, Post & Win juga telah dianjurkan sepanjang Putrajaya Open Day 2023 berlangsung. Terdapat 34 penyertaan dan hanya 15 pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai berserta hadiah iringan. Pemenang akan diumumkan semasa Forum Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya 2023.
Seramai 1000 orang pengunjung telah melawat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan di booth CAREton@Putrajaya sepanjang 4 hari kempen berlangsung.