Senibina Ikonik
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Menjadi salah satu mercu tanda di sepanjang Persiaran Perdana. Di sebelah baratnya terletak Masjid Besar dan di sebelah timur merentasi Persiaran Perdana terletaknya Istana Kehakiman. Direkabentuk sebagai kompleks yang mempunyai ruang-ruang bersaling kait yang mencerminkan kewujudannya yang berbeza di Presint 3. Bangunan ini adalah tafsiran kontemporari bagi seni bina tradisional Islam. Ciri utamanya ialah pintu masuk atau gerbang dengan ruang pemandangan awam di tingkat paling atas yang memberikan pemandangan yang menakjubkan termasuklah Istana Kehakiman dan Masjid Besar.
2.9264° N, 101.6964° E
Kompleks Perbadanan Putrajaya