• 2023


    Malaysian Institute of Planners (MIP) Planning Excellence Awards 2022 (16 Januari 2023)

    FA7

    https://www.facebook.com/group...

    Majlis penganugerahan MIP Planning Excellence Awards 2022 telah diadakan pada 16 Januari 2023 di The Majestic Ballroom, Majestic Hotel Kuala Lumpur. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pihak awam dan swasta yang menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam perancangan, reka bentuk dan pembangunan.  Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

    Dengan tajuk penyertaan 'Roles & Contributions of Putrajaya Lake & Wetland in Putrajaya Low Carbon City', Perbadanan Putrajaya telah memenangi anugerah Emas untuk Inisiatif rendah karbon MIPPEA2022.  Turut hadir menerima anugerah adalah Dato TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.

    MIP Planning Excellence Awards 2022, 16 Januari 2023 @ The Majestic Ballroom, Majestic Hotel Kuala Lumpur


    Peranan & sumbangan Putrajaya Lake & Wetland dalam bandar rendah karbon:

    Carbon sink: penyerapan karbon sebanyak 2,960tCO2 (tahun 2012-2021) oleh kawasan wetland seluas 200 hektar.

    City scale rainwater harvesting system: 1,857 juta m³ (tahun 2002-2021) air tasik digunakan sebagai sumber air alternatif untuk pelbagai tujuan di peringkat bandar. Ini juga membantu menjimatkan kegunaan air dirawat dan seterusnya pengurangan pelepasan karbon daripada proses menjana air dirawat sebanyak 778tCO2, serta penjimatan bil air sebanyak RM2.98 juta.