• Sekolah di Putrajaya


    SEKOLAH PRESINT 16

    Maklumat
    Alamat:SK Putrajaya Presint 16(1)
    Jalan P16G, Presint 16,
    62150 PUTRAJAYA
    Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Telefon:+603-8888 4452
    Faks:+603-8888 4051
    Emel:gb.skpp161@gmail.com

    Image result for SMK Putrajaya Presint 16(1)

    Maklumat

    Alamat:SMK Putrajaya Presint 16(1)
    Jalan P16G, Presint 16
    62150 PUTRAJAYA
    Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Telefon:+603-8888 0248
    Faks:+603-8888 5144
    Emel:p.smkpp161@gmail.com



    Sekolah bestari ini terdiri daripada gabungan sekolah rendah dan menengah yang mengendalikan 2310 orang murid dengan tenaga pengajar dan kakitangan seramai 180 orang. Terletak di kawasan seluas 15 ekar di kelompok kejiranan Presint 16, sekolah bestari ini mempunyai satu sesi pembelajaran dan menggunakan teknologi maklumat dalam kurikulum, pengajaran, pembelajaran, penilaian dan pengurusan sekolah.

    Kompleks sekolah direka sebagai satu kumpulan bangunan setinggi 3-4 tingkat mengelilingi halaman-halaman manakala zon pentadbirannya berada berdekatan pintu masuk untuk membolehkan pengawasan keseluruhan kawasan sekolah. Halaman dan kawasan-kawasan lapang bersebelahan setiap blok adalah untuk menggalakkan interaksi dan aktiviti kurikulum tambahan.  Pergerakan trafik pula merupakan laluan sehala yang menyimpang daripada jalan utama ke sekolah di mana penjaga boleh masuk ke kawasan menunggu untuk mengambil/menurunkan anak-anak mereka.

    Tempat letak kereta untuk pelawat dan kakitangan sekolah serta orang-orang kurang upaya disediakan dengan tempat letak motorsikal dan basikal di lokasi bersaingan berdekatan dengan bangunan sekolah.  Kompleks sekolah ini mempunyai blok pentadbiran, surau, dewan serbaguna dan padang yang akan dikongsi bersama dua sekolah tersebut.

    Sek. Menengah Kebangsaan Putrajaya 3

    No. 3, Jalan P16G, Presint 16

    62150 Putrajaya

    Tel : 03-88880248

    Faks : 03-88885144

    Sekolah Kebangsaan Putrajaya 3

    Jalan P16G, Presint 16

    61500 Putrajaya

    Tel : 03-88884452

    Faks : 03-88884051