• 7 Skop Tumpuan


    Konsep pembangunan yang diterapkan dalam Pelan Induk Putrajaya pada tahun 1995 berteraskan ‘Bandar dalam Taman’ yang mengutamakan prinsip pembangunan mapan di samping menggalakkan interaksi manusia dengan alam semula jadi telah menyediakan satu landasan yang kukuh sebagai prasyarat untuk bergerak ke arah matlamat Putrajaya sebagai bandar hijau karbon rendah.

    Perkara yang memerlukan perhatian sekarang adalah memperkukuhkan lagi landasan sedia ada dengan memperkembangkannya lagi sebagai skop-skop inisiatif jangka panjang.  Dengan adanya skop tumpuan inisiatif yang jelas, ianya akan dapat membantu membuat penilaian terhadap pencapaiannya dari masa ke semasa berbanding dengan sasaran bandar hijau yang ditetapkan. Bagi tujuan ini, tujuh skop tumpuan utama telah dikenalpasti iaitu :


    Perancangan Bandar dan Bangunan


    Mengintegrasikan Alam Semula Jadi dalam Alam Bina

    Pengangkutan dan Mobiliti

    Penggunaan Tenaga
    Penggunaan Air
    Pengurusan Sisa Pepejal
    Pentadbiran dan Pengurusan Bandar