Taman Cabaran Meluncur
Taman Cabaran Meluncur
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi, Kompleks Sukan Luncur ini menjadi tumpuan buat sang peminat sukan papan luncur, skuter, kasut roda dan berbasikal.
Kompleks sukan luncur ini adalah bangunan yang satu-satunya di Asia yang mempunyai elemen seni bina yang ‘skateable’ dan mengandungi gelanggang sukan luncur sendiri seluas satu padang bola sepak. Ia juga mengandungi tiga kombinasi tiga lengkokan Bowl yang dikenali Hips, Spine dan Street Spine.
Semua elemen Street Obstacle gelanggang luncur ini diadaptasi dari Hubba Ledge Los Angeles, Handrail Hollywood High, Wallride Burnside, Portland Oregon. Dengan itu, dapat melakukan pelbagai aksi meluncur yang terbaik dengan kemudahan yang tersedia. Si kecil dengan skuter, berbasikal BMX atau bermain kasut roda juga boleh meluncur dengan baik di sini.