Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya
PROGRAM LA21 PUTRAJAYA
SOSIAL
- Integrasi sosial dan aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan (neighbourhood watch), dan lain-lain aktiviti yang turut meliputi aspek keselamatan seperti program kesedaran dan pencegahan jenayah.
ALAM SEKITAR
- Program kitar semula, aktiviti gotong-royong bagi pembersihan kawasan kejiranan dan pertandingan melukis yang bertemakan alam sekitar untuk peringkat kanak-kanak sekolah adalah digalakkan. Pelaksanaan program ini akan dapat meningkatkan kerjasama di antara komuniti dan rasa tanggung jawab terhadap alam sekitar.
EKONOMI
- Menggalakan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk yang mesra alam sekitar.
- Penjualan bahan-bahan untuk program kitar semula bukan sahaja boleh memelihara alam sekitar, malah boleh memberi sedikit pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat.
- Komuniti juga digalakkan untuk menyertai aktiviti Kebun Pertanian Bandar dan Kebun Kelulut Komuniti di Putrajaya. Komuniti dapat menjana pendapatan melalui penjualan hasil-hasil pertanian mereka.
PROGRAM LA21 PUTRAJAYA
https://www.facebook.com/profi...