Inisiatif Kesihatan Persekitaran
Senarai Tandas Awam PBT (5 Bintang) Perbadanan Putrajaya
Senarai Tandas Awam PBT (5 Bintang)
Perbadanan Putrajaya komited menyediakan kemudahan fasiliti awam yang bersih, selesa dan mesra pengguna selaras dengan aspirasi Putrajaya sebagai Bandar Pintar dan Lestari. Unit Kawalan Sanitasi Tandas, Perbadanan Putrajaya berperanan dalam memastikan kebersihan melalui pemantauan berkala, memberi penarafan bintang sebanyak 2 kali setahun bagi mengekalkan imej Putrajaya yang indah dan lestari.
Beberapa tandas awam PBT telah menerima penarafan 5 bintang semasa sesi pengauditan tandas awam setiap tahun mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penarafan Bintang Tandas Awam oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tandas bertaraf 5 bintang ini menawarkan ruang tandas yang mencapai piawaian kebersihan, kemudahan lengkap, keselamatan dan keselesaan yang setaraf tandas BMW (Bersih, Menawan & Wangi).
Orang awam boleh merujuk senarai lengkap tandas 5 bintang seperti di bawah dan boleh menyalurkan maklum balas dan aduan di laman sesawang https://erest.ppj.gov.my. Perbadanan Putrajaya menyeru semua pengunjung agar menjaga kebersihan dan mengamalkan etika “Leave No Trace” demi keselesaan bersama.
Senarai Tandas Awam Perbadanan Putrajaya (5 Bintang) Tahun 2025;
- Tandas Awam Souq, Dataran Putra, Presint 1
- Tandas Awam Laman Perdana, Presint 1
- Tandas Awam VIC, Taman Botani, Presint 1
- Tandas Awam, Tempat Parkir Wisma Putra, Presint 2
- Tandas Awam 1, Presint 2
- Tandas Place of Justice (POJ), Presint 3
- Tandas Awam Sport Arena, Presint 4
- Taman Cabaran (Wall Climbing), Presint 5
- Tandas Awam PICC, Presint 5
- Tandas Awam Terminal Bas Putrajaya Sentral, Presint 7
- Tandas Awam Terminal ERL Putrajaya Sentral, Presint 7
- Tandas Awam Dewan Ping Pong, Kompleks Kejiranan Presint 9
- Tandas Awam Medan Selera, Kompleks Kejiranan Presint 11
- Tandas Awam Taman Saujana Hijau (Atas Bukit), Presint 11
- Tandas Awam PMS, Taman Wetland, Presint 13
- Tandas Awam Park & Ride, Presint 14
- Tandas Awam Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16
- Tandas Awam Taman Pancarona, Presint 18
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |

_page-0001.jpg)
_page-0002.jpg)
_page-0003.jpg)
_page-0004.jpg)
_page-0005.jpg)
_page-0006.jpg)