• Senibina Ikonik


    Dataran Putra

    Destinasi wajib sekiranya pertama kali berkunjung ke Putrajaya. Dataran Putra merupakan dataran utama dan terletak di Presint 1.  Dataran Putra dengan bulatan 300m ini telah direka bentuk dalam gaya Parsi Chaharbagh yang merupakan sebuah taman yang terbahagi kepada empat bahagian, dengan air yang mengalir dan laluan pejalan kaki.. Bulatan di tengah bersama air pancut melambangkan matlamat utama negara, iaitu perpaduan. Reka bentuk dataran ini terbahagi kepada 11 bahagian, dalam  bentuk bintang berbucu 11 yang mewakili 11 negeri Malaya yang mendapat kemerdekaan pada Ogos 1957. Manakala bintang berbucu 13 dalamnya mewakili 13 negeri yang membentuk Malaysia pada 1963 dan bintang  14 bucu pula termasuk  tambahan baharu Wilayah Persekutuan. Di dataran ini juga  turut menempatkan arca  PUTRAJAYA yang  menjadi  tumpuan pengunjung. Kawasan ini berhadapan dengan Masjid Putra dan di bawahnya terdapat Selera Putra dan Pusat Coklat di Souq Putrajaya.

    2.9353° N, 101.6911° E

    Dataran Putra