Senibina Ikonik
Menara Putrajaya Holdings
Menara Putrajaya Holdings (Menara PJH) yang bersebelahan dengan Menara Seri Wilayah adalah harta milik Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., pemaju Putrajaya. Bangunan moden ini direka bentuk oleh perunding tempatan arkitek Jafri Merican Sdn. Bhd. Bangunan sepadu bertaraf bangunan hijau ini terdiri daripada Menara pejabat 12 tingkat serta podium runcit yang terletak bersebelahan kawasan pinggir tasik terkemuka. Menara ini direka dengan orientasi utara dengan louvers menegak untuk kawalan solar yang baik. Orientasi ideal menara melahirkan kecekapan solar dan orientasi yang sesuai dapat memberi pandangan serta memaksimumkan kawasan lantai. Bangunan ini juga diperakui oleh MDeC sebagai Pengurus Pusat Siber MSC untuk Putrajaya Presint 2,3 dan 4 dan turut menempatkan inkubator, ruang kerja kongsi sebagai hab permulaan untuk usahawan IT.
2.9284° N, 101.6875° E
Menara Putrajaya Holdings