• Senibina Ikonik


    Monumen Alaf Baru

    Monumen Alaf Baru yang berketinggian 68m dan terletak di Presint 2 ini, merupakan monumen negara yang pertama di Putrajaya. Umpama roket yang bakal dilancarkan ke angkasa, jalan naiknya direka seperti pelantar tinjau berbentuk beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas. 

    Jika dilihat dari atas, menara ini seakan-akan bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan. Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.

    2.9235° N, 101.6826° E

    Monumen Alaf Baru