• Pelancongan Berasaskan Komuniti


    Madu Kelulut Presint 15

    Projek penternakan kelulut di Pinggiran Taman Rimba Alam ini sangat berdaya maju dan berpotensi besar untuk diperluaskan sebagai lokasi pelancongan berteraskan urban agriculture yang menekankan kepada urban beescape (gabungan persekitaran mesra lebah) kerana kawasan ini kaya dengan pelbagai spesis pohon menghasilkan getah damar yang diperlukan bagi membuat sarang kelulut. Projek Perintis Penternakan Madu Kelulut yang diinisiatifkan secara bersepadu bersama penduduk setempat pada Mac 2016 ini telah menghasilkan produk-produk madu kelulut berkualiti tinggi. Pada masa ini pengeluarannya terhad untuk pasaran di kalangan komuniti setempat, namun turut menjadi pilihan sebagai cenderahati , untuk lawatan pembesar negara.

    2.9124° N, 101.6893° E

    Madu Kelulut Presint 15