• Pelancongan Berasaskan Komuniti


    Madu Kelulut Presint 9

    Diusahakan oleh komuniti setempat di Presint 9 yang terdiri daripada golongan warga emas di kawasan seluas 0.5 ekar dan mempunyai lebih 50 log kelulut. Mula diusahakan sejak 2008, ia merupakan program berasaskan komuniti di bawah Local Agenda 21 Putrajaya. Kebun Kelulut Komuniti ini telah memenangi beberapa Anugerah anjuran Pertubuhan Perancang Bandar Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Lanskap Malaysia malah pernah disenarai pendek untuk Anugerah Commonwealth Planning Awards 2021 . Program Pertanian Bandar Putrajaya di Presint 9 ini juga merangkumi tanaman buah rock melon dalam rumah hijau (Green House) dengan rakan kolaborasi dari MARDI dan sokongan dana Local Agenda 21 Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan. 

    2.9124° N, 101.6893° E 

    Madu Kelulut Presint 9