Cabar diri anda menerokai keindahan hutan bandar yang menghijau di Taman Rimba Alam Putrajaya, destinasi rekreasi yang menggabungkan aktiviti lasak ringan, pendidikan alam sekitar dan pengalaman mendekati alam semula jadi.
Sesuai untuk keluarga, institusi pendidikan, agensi kerajaan, syarikat korporat serta pencinta aktiviti luar, Taman Rimba Alam menawarkan pakej Rimba Trail Tour Guide, yang memberi peluang kepada pengunjung meneroka denai hutan melalui aktiviti hiking berpandu dalam tempoh 1 hingga 3 jam.
Sepanjang perjalanan, peserta dapat mengenali kepelbagaian flora dan fauna, memahami kepentingan pemuliharaan alam sekitar serta menikmati pengalaman rekreasi yang sihat, selamat dan bermakna dalam suasana hutan yang nyaman.
Pakej: Rimba Trail Tour Guide
Sebarang pertanyaan dan tempahan lanjut boleh hubungi:-
No. Telefon : 03-8887 7770
Emel : botani@ppj.gov.my
Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya Merangkumi Pelbagai Informasi Termasuk Berita Terkini, Acara , Pengumuman
dan semua aplikasi atas talian