• Taman Warisan Pertanian

    Jom hayati keunikan warisan pertanian Malaysia di tengah-tengah bandar menerusi pelbagai pakej interaktif yang ditawarkan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
    • Direka khas untuk keluarga, institusi pendidikan, agensi kerajaan, syarikat korporat dan kumpulan pelancong, setiap pakej menggabungkan elemen pembelajaran, rekreasi dan apresiasi terhadap warisan pertanian negara.
    • Pengunjung boleh memilih pakej Jejak Warisan Kita, Jejak Anak Warisan dan Jom ke Taman Dusun Warisan Pertanian, yang menawarkan pengalaman meneroka dusun, mengenali tanaman tradisional, memahami amalan pertanian serta menikmati aktiviti luar yang menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Setiap pakej bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna, malah menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan pertanian untuk generasi akan datang.
    Pakej: Jejak Anak Warisan
    Pakej: Jejak Warisan Kita
    Pakej: Lawatan ke Dusun Taman Warisan Pertanian

    Sebarang pertanyaan dan tempahan lanjut boleh hubungi:-

    • No. Telefon : 03-8887 7666
    • Emel : tamanwarisanpertanian.16@gmail.com