• Fakta Ringkas

    Inventori Tahap Pelepasan Gas Rumah Hijau Putrajaya 2025

    Perbadanan telah mula menjalankan inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) di Putrajaya sejak 2012 sebagai langkah mengukur pencapaian inisiatif bandar hijau yang telah dijalankan. Inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) Putrajaya bagi tahun 2025 menunjukkan bahawa jumlah pelepasan karbon ialah 1,459ktCO2eq. Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 13 peratus berbanding tahap pelepasan pada tahun 2024 iaitu 1,669ktCO2eq.

    Inventori tersebut meliputi tiga sektor utama iaitu bangunan, pengangkutan (tanah) dan sisa pepejal. Sektor bangunan merupakan penyumbang utama GHG iaitu 47% daripada jumlah pelepasan GHG.