• Fakta Ringkas

    Inventori Tahap Pelepasan Gas Rumah Hijau Putrajaya 2022

    Di samping itu, Perbadanan juga mula menjalankan inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) di Putrajaya sejak 2012 sebagai langkah mengukur pencapaian inisiatif bandar hijau yang telah dijalankan. Inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) Putrajaya bagi tahun 2022 menunjukkan bahawa jumlah pelepasan karbon ialah 1,477ktCO2eq. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding tahap pelepasan pada tahun 2021 iaitu 1,480ktCO2eq.

    Inventori tersebut meliputi tiga sektor utama iaitu bangunan, pengangkutan (tanah) dan sisa pepejal. Sektor bangunan merupakan penyumbang utama GHG iaitu 50% daripada jumlah pelepasan GHG.